Shahidan Kassim dilantik pengerusi pada 23 Okt 2020, jelas PR1MA

Shahidan Kassim dilantik pengerusi pada 23 Okt 2020, jelas PR1MA

PR1MA menjelaskan Ahli Parlimen Arau itu dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan Shahidan Kassim sebagai pengerusi baharu diumumkan pada Selasa oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
KUALA LUMPUR:
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelaskan pelantikan Shahidan Kassim sebagai pengerusinya berkuat kuasa pada 23 Okt tahun lalu.

PR1MA dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Arau itu dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bermula pada tarikh tersebut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PR1MA ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat perbadanan tersebut di Petaling Jaya pada Selasa.

Pada majlis tersebut, Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia berkuat kuasa Selasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.