Datuk Seri ditahan disyaki terima rasuah RM300,000 bantu lepas 22 warga China

Datuk Seri ditahan disyaki terima rasuah RM300,000 bantu lepas 22 warga China

Suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China disyaki terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian dan Macau scam baru-baru ini.

Sumber SPRM berkata, ahli perniagaan berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam Selasa di Pejabat SPRM Selangor.
SHAH ALAM:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu dikatakan bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam Selasa di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China disyaki terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian dan Macau scam baru-baru ini.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu untuk permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.