Jualan runcit Malaysia kuncup hampir 20% pada suku ke-4 2020

Jualan runcit Malaysia kuncup hampir 20% pada suku ke-4 2020

Ia merupakan prestasi terburuk sejak krisis kewangan Asia pada 1998 yang menyaksikan jualan runcit menguncup 20%.

Retail Group Malaysia berkata, pusat komersial dan makanan serta minuman di seluruh negara menyaksikan penurunan jualan.
PETALING JAYA:
Jualan runcit Malaysia turun hampir 20% pada suku akhir 2020, meneruskan prestasi suram sektor ini bagi tempoh yang menyaksikan penularan pandemik Covid-19.

Dalam laporan jualan runcitnya yang dikeluarkan hari ini, Retail Group Malaysia (RGM) berkata, industri mencatatkan kadar pertumbuhan -19.7%, yang jauh lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2019 yang menyaksikan kadar pertumbuhan positif 3.8%.

Ia berkata kadar pertumbuhan -19.7% ada;ah jauh lebih rendah daripada unjurannya pada November sebanyak -18.2% dan anggaran purata anggota Persatuan Peruncit Malaysia sebanyak -15.1%.

Ini mengaitkan prestasi buruk pada suku terakhir tahun lalu kepada gelombang ketiga jangkitan Covid-19, yang mendorong kerajaan mengumumkan sekatan pergerakan lebih ketat dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

“Sekatan perjalanan antara negeri dan daerah, bekerja dari rumah serta penangguhan pembukaan sekolah menyebabkan kemerosotan belian di pusat membeli-belah, pusat komersial dan kedai makanan serta minuman di seluruh negara,” katanya.

Bagi keseluruhan tahun 2020, kadar pertumbuhan industri adalah -16.3%, prestasi terburuknya sejak krisis kewangan Asia pada 1998 yang menyaksikan jualan runcit menguncup sebanyak 20%.

Suku terakhir tahun 2020 juga menyaksikan jualan pasar raya dan pasar raya besar menurun sebanyak 19.6% walaupun dibenarkan dibuka sepanjang tempoh wabak dan pasar mini serta kedai serbaneka paling sedikit terjejas, dengan kadar pertumbuhan positif 10.2%.

“Subsektor aksesori fesyen dan fesyen merosot paling teruk di antara subsektor runcit, dengan laporan penurunan jualan yang besar sebanyak 49.6%.

Bagi keseluruhan 2020, subsektor ini mencapai pertumbuhan yang tidak memuaskan sebanyak -37.9%. ”

Subsektor perabot, pembaikan rumah dan elektronik menunjukkan prestasi baik dalam tempoh ini. Ia berkembang sebanyak 11.7% berbanding suku sama pada 2019.

Bagaimanapun, kedai makanan dan minuman teruk terkesan, dengan jualan di kafe dan restoran turun 18.8% berbanding tempoh sama tahun lalu, dan jualan kios dan gerai menurun sebanyak 14.9%.

Ia berkata, ia menyemak semula unjuran jualan runcit pada 2021, daripada kadar positif 4.9% kepada 41% kini, dengan mengambil kira sekatanperjalanan antara negeri yang masih berkuatkuasa di seluruh negara.

Ia mengunjurkan penguncupan 13.4% bagi suku pertama tahun ini, diikuti kadar pertumbuhan positif sebanyak 7% pada suku kedua, 4.1% pada ketiga dan 13.9% dari Oktober hingga Disember.

“Kedatangan semula pelancong asing akan mengambil masa dan berperingkat. Gelembung perjalanan dengan negara terpilih dijangka bermula menjelang akhir tahun ini,” kata RGM.

“Vaksinasi majoriti penduduk akan memakan masa. Oleh itu, sekatan pergerakan dan langkah penjarakan sosial akan kekal hingga akhir tahun ini.

“Bagi keseluruhan tahun ini, perbelanjaan pengguna dijangka tidak mencapai tahap prapandemik.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.