Orang ramai serbu kedai emas di Shah Alam susulan diskaun, keluaran i-Sinar

Orang ramai serbu kedai emas di Shah Alam susulan diskaun, keluaran i-Sinar

Seorang tukang emas berkata, sepanjang 25 tahun perniagaannya, dia tidak pernah melihat orang ramai sanggup beratur panjang.

SHAH ALAM:
Kedai emas di pusat membeli-belah popular, Kompleks PKNS hari ini dibanjiri orang ramai yang sanggup beratur panjang.

Memandangkan ketiga-tiga tukang emas di pusat membeli-belah itu memberikan diskaun, rata-rata pengunjung ketika ditemui FMT sedar bahawa mereka perlu menunggu lama.

“Beginilah keadaannya setiap hari sejak kedai-kedai ini menawarkan harga yang rendah,” kata seorang pelanggan, Mohd Aidilzhar Anzir, di luar kedai tukang emas Aiman.

“Harga emas 916 sekitar RM240-RM250 per gram pada Dis, tetapi kedai ini sekarang menjual dengan harga RM230. Sekarang adalah masa yang tepat untuk melabur emas dan saya mahu beli rantai,” katanya.

Mohd Aidilzhar berkata sebilangan mereka yang sedang beratur itu mungkin menggunakan pengeluaran wang dari skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka untuk membeli emas.

Nik Zaini Peei, 32, antara mereka yang bercadang untuk membeli rantai. “Saya mendapat sejumlah wang dari pengeluaran i-Sinar, jadi saya guna untuk melabur emas,” katanya. “Ada banyak juga (tukang emas di) Seksyen 24, jadi saya jangkakan akan ada ramai orang di sini juga,” katanya, sambil menambah harga kebiasaannya boleh mencecah lebih tinggi di pusat membeli-belah lain.

Kerajaan baru-baru ini menarik balik syarat pengeluaran bawah skim i-Sinar KWSP, yang memulakan pembayaran pada Selasa lalu.

KWSP kini membenarkan pencarum dengan baki kurang dari RM100,000 dalam Akaun 1 untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 sementara mereka yang mempunyai lebih dari RM100,000 di Akaun 1 boleh mengeluarkan maksimum RM60,000.

Orang ramai beratur untuk membeli emas di tukang emas Miezza di Kompleks PKNS di Shah Alam hari ini.

Menurut satu tinjauan dari Pusat Penyelidikan Undian UCSI bulan lalu, hampir separuh dari mereka yang berada di kumpulan berpendapatan tinggi berkata mereka akan menggunakan wang i-Sinar untuk membeli emas dan saham, begitu juga ⅓ dari mereka yang berada di kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.

Tukang emas, Wan Shaifuddin Wan Ahmad, yang juga pengarah Shsha Jewels, berkata dia tidak pernah melihat barisan sebegitu panjang, sepanjang 25 tahun perniagaannya. Sebiji gram emas 916 berharga RM214 minggu ini, yang menurutnya “harga terendah di Shah Alam”.

Dia berkata: “Perniagaan meningkat sebanyak 50%. Saya rasa ia adalah petanda baik bagi ekonomi dan menunjukkan terdapat peningkatan dalam keyakinan pengguna. Orang tahu emas adalah pelaburan yang stabil kerana nilainya tidak menyusut.

Katanya, dengan emas, pelanggan akan mendapat wang tunai serta merta sekiranya mereka memutuskan untuk menjual, tidak seperti hartanah atau saham.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.