Fokus bendung perkahwinan kanak-kanak, kata PSM

Fokus bendung perkahwinan kanak-kanak, kata PSM

Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat perubahan berhubung dasar yang membabitkan pelbagai isu sensitif gender.

Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat perubahan berhubung dasar yang membabitkan pelbagai isu sensitif gender.
PETALING JAYA:
Setelah lebih setahun berkuasa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat perubahan berhubung dasar yang membabitkan pelbagai isu sensitif gender, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia berkata antara perkara utama perubahan itu adalah untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak, yang telah menjadi perhatian antarabangsa sejak sekian lama.

“Setelah mengesahkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita dan Konvensyen Hak Kanak-kanak untuk melindungi kanak-kanak dan kanak-kanak perempuan dari perkahwinan kanak-kanak, kerajaan perlu mengotakan janjinya,” katanya dalam satu kenyataan bersamaan bersempena Hari Wanita Antarabangsa esok.

PSM berkata, perkahwinan kanak-kanak berkait rapat dengan kemiskinan, dan paling lazim diamalkan di negara-negara termiskin di dunia.

“Kehadirannya di negara membangun seperti negara kita mencerminkan bagaimana kesan status sosio-ekonomi yang rendah terhadap masalah sosial masih tidak kita disedari.

“Kurangnya pendidikan seks, kesedaran berhubung kerelaan anak-anak, dan amalan budaya hanyalah beberapa contoh bagaimana perkahwinan kanak-kanak berakar dalam perbezaan sosial-ekonomi,” kata parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan, PSM berkata isu permusuhan yang semakin meningkat terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) adalah contoh bagaimana masyarakat yang terdedah tidak mendapat perlindungan yang mereka perlukan.

Menyentuh isu gangguan seksual, PSM berkata, undang-undang dan polisi semasa yang melindungi wanita dan minoriti seksual tidak mencukupi walaupun semakin banyak kes dilaporkan mengenai masalah ini di Malaysia.

“Peruntukan yang ada untuk mengatasi masalah ini agak mengecewakan. PSM mengulangi peri pentingnya mendidik semua pemegang taruh berhubung hal-hal yang sensitif gender,” sambil menambah adalah sangat penting untuk merombak sistem yang pincang dalam memastikan kesaksamaan gender.

“Kita perlu berjuang untuk menghapuskan peranan gender tradisional dan inilah masanya untuk kita bersama mengecap kesaksamaan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.