Peraturan berbeza untuk perjalanan ke dan dari Sabah, Labuan dan Sarawak

Peraturan berbeza untuk perjalanan ke dan dari Sabah, Labuan dan Sarawak

Ujian calitan untuk pelancong domestik yang memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan tetapi tidak bagi mereka yang memasuki semenanjung.

(Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Menteri kanan (keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelancong ke Sabah dan Labuan mesti menjalani ujian calitan tiga hari sebelum mereka berlepas, tetapi tidak perlu dikuarantin setelah mereka tiba.

Sementara itu, pelancong yang memasuki Sarawak perlu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum berlepas dan perlu dikuarantin selama 14 hari selepas ketibaan.

Katanya, individu perlu, terlebih dahulu mendapat kebenaran polis dan hanya mereka yang diuji negatif tanpa gejala dibenarkan melakukan perjalanan.

Dalam pada itu, pelancong dari Sabah, Labuan atau Sarawak yang ingin pergi ke Semenanjung Malaysia tidak perlu menjalani ujian calitan dan tidak perlu dikuarantin.

Katanya, kerajaan negeri Sarawak akan menanggung kos ujian kuarantin dan calitan untuk rakyat Sarawak sahaja, sambil menambah pelancong dari negeri lain perlu menanggung kos mereka sendiri.

Beliau turut mengumumkan dua kawasan di Bintulu, Sarawak dan sebuah sekolah di Melaka akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ia membabitkan rumah sewa di Anong dan Beverly Hills, Bintulu, Sarawak dan Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka.

PKPD di Bintulu Sarawak akan berkuat kuasa mulai esok hingga 18 Mac sementara PKPD di sekolah terbabit akan bermula dari 6 Mac hingga 19 Mac.

Katanya ia berikutan nasihat dan analisis risiko oleh kementerian kesihatan setelah kenaikan kes Covid-19 di daerah-daerah terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.