
Ketua Polis Daerah Sik Abdull Razak Osman berkata, siasatan mendapati pemandu berusia 37 tahun itu masuk ke Kedah menerusi laluan Jeli-Gerik untuk menghantar barang ke Jitra, dan ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan, suspek singgah di Titi Akar, Pendang untuk mengambil bekalan daun ketum.
Beliau berkata, lori itu melalui SJR berkenaan pada 12.05 tengah malam dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan, polis menemui daun ketum yang dibungkus dalam 120 bungkusan plastik berwarna hitam.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati lori itu milik majikannya dan suspek yang bekerja sebagai pemandu lori menyalah guna kenderaan, selain menyalah guna kebenaran rentas negeri yang diperoleh untuk membawa ketum.
“Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam sidang media.
Sementara itu, Abdull Razak berkata enam kes tangkapan dan rampasan daun ketum dibuat di daerah ini sejak 13 Jan lepas hingga hari ini, membabitkan keseluruhan nilai rampasan RM402,600.