
Presidennya Dr Kuljit Singh berkata, Putrajaya dan orang awam beranggapan hospital swasta mengenaikan caj berlebihan untuk perkhidmatan mereka dan kos rawatannya “terlalu tinggi”.
Dengan menyifatkan anggapan itu tidak betul Kuljit berkata, kos rawatan pesakit di hospital awam juga sama “kalau pun tidak lebih”.
“Perbezaannya ialah struktur harga .Kami menyenaraikannya satu persatu. Kami tunjuk ‘itemised bill’ kepada pesakit, “ katanya kepada FMT.
Beliau berkata, keuntungan yang diperolehi akhirnya akan dipulangkan kepada pemegang saham.
Beliau berkata, hospital kerajaan menjalankan operasi berdasarkan belanjawan kerajaan yang diperolehi daripada cukai dan peruntukan daripada Kementerian Kewangan.
Ini katanya bermakna kos merawat pesakit di hospital awam “tidak diketahui”.

Satu cara untuk tahu cara hospital swasta mengenakan cajnya ialah dengan membenarkan analisis faedah kos atau “cost-benefit analysis “(CBA) dilaksanakan .
“Bila CBA dilakukan orang akan caj kami tidak tinggi,” katanya, selain menambah bahawa peningkatan bilangan warga luar atau pelancong perubatan ke negara adalah bukti perkhidmatan yang diberikan oleh sektor penjagaan kesihatan swasta berbaloi.
Pemahaman lebih baik mengenai cara caj dikenakan oleh sektor swasta akan membantu kerajaan ketika menggubal dasar yang akan memberi kesan ke atas kerjasama awam dan swasta, kata Kuljit.
“Sekarang dasar dibuat berpandukan rungutan rakyat. Kami tidak menyalahkan kerajaan kerana mendengar suara rakyat, tetapi ia juga boleh juga membunuh sektor penjagaan kesihatan swasta.”
Menurut Kuljit , pengkongsian awam – swasta yang lebih baik amat penting, terutama dalam mengurangkan beban ke atas sistem penjagaan kesihatan awam.
Krisis Covid-19 membuka mata sektor penjagaan kesihatan tentang betapa tingginya kos untuk merawat setiap pesakit, katanya .
Pandangan Kuljit mengenai CBA dibuat pada berikutan perbincangan antara Persatuan Farmaseutikal Malaysia ,Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia berhubung keadaan semasa wabak Covid-19 .
Ketiga tiga persatuan percaya pengkongsian awam – swasta terbukti boleh menawarkan khidmat kesihatan berkualiti di samping mengurangkan beban ke atas infrastruktur penjagaan kesihatan awam.
Mereka berkata, perubahan dasar berhubung penjagaan kesihatan boleh dibuat hanya selepas CBA yang komprehensif dijalankan.