Wanita ditahan bela 9 pelanduk tanpa permit

Wanita ditahan bela 9 pelanduk tanpa permit

Hasil serbuan Op Bersepadu Khazanah, wanita itu dikesan membela sembilan ekor pelanduk tanpa surat kebenaran daripada PERHILITAN.

Pasukan operasi merampas semua pelanduk berkenaan dan dibawa ke pejabat PERHILITAN Langkawi untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook)
LANGKAWI:
Padah memiliki sembilan ekor pelanduk tanpa permit, seorang wanita ditahan di rumahnya di Ulu Melaka, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi Rohizan Mohamad Saaid berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan oleh anggotanya dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Langkawi, 11 pagi.

“Hasil serbuan Op Bersepadu Khazanah, wanita tersebut dikesan membela sembilan ekor pelanduk tanpa surat kebenaran daripada PERHILITAN.

“Pasukan operasi telah merampas semua pelanduk berkenaan dan dibawa ke pejabat PERHILITAN Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Rohizan berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM1,500.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.