Kemuka tuntutan palsu, empat kakitangan agensi kerajaan diberkas

Kemuka tuntutan palsu, empat kakitangan agensi kerajaan diberkas

Empat kakitangan awam itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang disyaki telah mengemukakan resit hotel palsu dalam tuntutan perjalanan mereka.

Sumber berkata, kesemua yang ditahan adalah kakitangan agensi kerajaan persekutuan yang berusia 30 hingga 40 tahun.
KOTA KINABALU:
Empat kakitangan sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, selepas disyaki mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu bagi tugasan rasmi di seluruh negara.

Sumber berkata, kesemua yang ditahan adalah kakitangan agensi kerajaan persekutuan yang berusia 30 hingga 40 tahun.

“Empat individu terbabit ditahan kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan dipercayai semua mereka adalah kumpulan sokongan di sebuah agensi kerajaan persekutuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan empat suspek terbabit.

Katanya, empat kakitangan awam itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang disyaki telah mengemukakan resit hotel palsu dalam tuntutan perjalanan mereka.

“Semua mereka ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

“Mereka juga akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, jam 9 pagi esok untuk pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.