Adham gesa larangan rentas sempadan daerah, negeri kekal selepas PKP

Adham gesa larangan rentas sempadan daerah, negeri kekal selepas PKP

Menteri kesihatan berkata bilangan kes menunjukkan penurunan walaupun masih banyak ujian Covid-19 sedang dilakukan.

Kumpulan pertama vaksin mungkin tiba lebih awal daripada dijadualkan susulan rundingan dengan Pfizer, kata menteri kesihatan Dr Adham Baba. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menggesa larangan merentas sempadan daerah dan negeri dikekalkan walaupun selepas perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) tamat pada 18 Feb.

Beliau berkata, sekatan pergerakan sedia ada akan membantu mengekang penularan Covid-19 dan menurunkan kes harian yang dilaporkan kementeriannya.

“Kita meminta (peraturan) berhubung merentas sempadan daerah dan negeri dikekalkan seperti sekarang, kerana amat penting untuk terus melandaikan keluk.

“Kita sudahpun melihat tanda-tanda kes menurun walaupun masih banyak ujian (Covid-19) dilakukan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, kini ada dua zon hijau di semenanjung, iaitu Bera dan Lipis di Pahang,dan berkata perkembangan positif ini antara lain berkait dengan larangan perjalanan merentas negerid.

Adham turut optimistik bahawa sehingga lapan daerah di semenanjung akan diisytiharkan hijau tidak lama lagi, dan menegaskan kesedaran serta pemerkasaan masyarakat kunci untuk membendung penularan virus berkenaan.

Katanya juga, Program Imunisasi Kebangsaan mungkin dimulakan lebih awal dari tarikh asal pada 26 Feb, memandangkan
kumpulan pertama vaksin mungkin tiba di Malaysia lebih awal susulan “rundingan khas” dengan Pfizer.

Menurutnya, kakitangan kementerian kesihatan yang akan memberikan vaksin dijadualkan yang pertama disuntik, disusuli pekerja barisan hadapan lain, dalam fasa pertama pelan imunisasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.