Kerajaan benarkan pelanggan makan di kedai

Kerajaan benarkan pelanggan makan di kedai

Ismail Sabri Yaakob berkata hanya dua orang pelanggan dibenarkan untuk satu meja, dengan penjarakan sosial satu meter.

PETALING JAYA:
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pelanggan makan di premis, bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran bermula 6 pagi sehingga 10 malam

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata, hanya dua orang pelanggan dibenarkan untuk satu meja mengikut penjarakan sosial yang telah ditetapkan.

Ismail berkata, pemilik restoran juga perlu memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja bagi memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis, merekodkan kehadiran pekerja dan pelanggan serta mengehadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa.

Kebenaran ini akan bermula pada 10 Feb dan senarai awal yang telah dibenarkan boleh dirujuk di laman sesawang KPDNHEP dan MKN.

Katanya, sekiranya ada perubahan dari semasa ke semasa, senarai akan diumumkan oleh KPDNHEP.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.