
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan hanya tinggal dua PPS iaitu di SK Tanah Puteh dan Dewan Masyarakat Serian, di daerah Serian yang masih beroperasi selepas PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh ditutup 6 petang semalam.
Sebanyak 338 mangsa banjir daripada 114 keluarga ditempatkan di SK Tanah Puteh manakala 148 mangsa daripada 52 keluarga berlindung di Dewan Masyarakat Serian.
Serian menjadi daerah tunggal yang masih menghadapi keadaan banjir gelombang ketiga di Sarawak tahun ini sejak episod bencana pertama bermula 13 Jan, diikuti gelombang kedua pada 30 Jan.
Gelombang ketiga banjir di negeri ini tercetus sejak 3 Feb di kawasan tengah dan utara Sarawak sebelum beralih ke kawasan selatan.