Ketua balai polis ditahan positif dadah, kata Bukit Aman

Ketua balai polis ditahan positif dadah, kata Bukit Aman

Ketua balai itu antara lapan polis hadiri pesta dadah di premis persendirian.

7 anggota dari balai sama turut ditahan.
KUALA LUMPUR:
Seorang ketua balai polis di Selangor ditahan selpas didapati positif dadah, Selasa lalu.
Zamri Yahya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya berkata ketua balai tersebut antara lapan pegawai dan anggota menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

“Ketua balai tersebut didapati positif dadah syabu manakala tujuh anggota dari balai sama didapati negatif selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Pemeriksaan dan ujian saringan dadah dijalankan terhadap mereka selepas menerima aduan dan maklumat berhubung pesta tersebut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.