2 libat urus kementerian, 21 pertubuhan masyarakat untuk sediakan SOP Tahun Baharu Cina, dedah menteri

2 libat urus kementerian, 21 pertubuhan masyarakat untuk sediakan SOP Tahun Baharu Cina, dedah menteri

Menteri hairan apabila SOP yang dibentangkan untuk Tahun Baharu Cina kali ini dikritik hebat.

(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Perpaduan Negara mengadakan dua kali sesi libat urus dengan 21 pertubuhan agama, kebudayaan, dan perniagaan dalam penyediaan SOP Tahun Baharu Cina.

“Agak menghairankan apabila SOP yang dibentangkan untuk Tahun Baharu Cina kali ini dikritik hebat oleh masyarakat,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan.

Malah, kementerian wajib berbincang dengan wakil pertubuhan masyarakat yang berkenaan dan mendapatkan persetujuan mereka dalam membangunkan SOP itu.

Seterusnya, hasil perbincangan akan dibentangkan ke Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan untuk penilaian risiko.

Perkara sama dilakukan untuk perayaan lain seperti SOP Deepavali, Thaipusam, Krismas, Hari Gawai serta Pesta Kaamatan, katanya.

“Selepas diluluskan barulah SOP tersebut diumumkan kepada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan yang ingin dilakukan selepas mendengar pandangan ramai, kementerian boleh membentangkan semula kepada MKN untuk dipertimbangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.