Dr M enggan bertanggungjawab atas kesilapan besar beliau letak jawatan, kata Kit Siang

Dr M enggan bertanggungjawab atas kesilapan besar beliau letak jawatan, kata Kit Siang

Lim Kit Siang berkata Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri sedangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Lim Kit Siang berkata keputusan Pakatan Harapan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dibuat selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan.
PETALING JAYA:
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyelar kenyataan Dr Mahathir Mohamad semalam, yang menuduhnya menyokong Anwar Ibrahim sedangkan kesilapan terbesar dilakukan bekas perdana menteri itu adalah meletakkan jawatan.

Lim terkejut apabila namanya disebut dalam kenyataan Mahathir semalam.

Baginya, ia hanyalah suatu sangkaan pemimpin berkenaan, sedangkan hakikatnya keputusan Pakatan Harapan (PH) menyokong Anwar sebagai perdana menteri dibuat selepas Mahathir meletak jawatan secara mengejut.

“Ia dibuat secara sebulat suara oleh semua parti komponen PH iaitu DAP, PKR dan Amanah. PH mencapai keputusan ini selepas Mahathir enggan untuk terus menjadi perdana menteri PH dan enggan mematuhi dan terikat dengan manifesto pilihan raya umum PH,” katanya dalam kenyataan.

Lim menjawab kenyataan Mahathir, yang beliau Lim turut bertanggungjawab sebagai salah satu punca kejatuhan pentadbiran PH sebelum ini.

“Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH.

“Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana hala tuju negara jika semua parti meletakkan negara ini sebagai matlamat utama,” kata Mahathir.

Lim berkata, ia menjadi suatu keperluan untuk adanya seorang perdana menteri dan sebuah kerajaan PH yang mempertahankan dan menghormati mandat diberikan rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

“Namun, amat malang sekali apabila Mahathir masih enggan untuk bertanggungjawab di atas kesilapan besar beliau apabila beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sedangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen, daripada PH, Warisan, dan PPBM,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.