3 wanita ditahan kemaruk berjudi masa PKP

3 wanita ditahan kemaruk berjudi masa PKP

Mereka ditahan bersama tiga yang lain ketika sedang leka bermain judi kira-kira 8 malam di sebuah rumah.

Suspek berusia antara 28 hingga 61 tahun ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Arau untuk tindakan lanjut.
ARAU:
Enam termasuk tiga wanita warga tempatan ditahan kerana ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP) dan leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rambai Padang Siding, Arau, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Nanda Maarof berkata, semua enam individu berusia antara 28 hingga 61 tahun itu ditahan ketika sedang leka bermain judi kira-kira 8 malam.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah beberapa peralatan judi dan wang tunai RM722. Semua suspek didapati dengan sengaja tanpa alasan munasabah ingkar arahan PKP,” katanya kepada pemberita.

Nanda berkata, semua suspek dan bahan rampasan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Arau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.