
Menteri Kanan (keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata berkata, ia susulan daripada peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangannya.
Sehingga 31 Jan, KKM melaksanakan 339 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 113 kes positif Covid-19 telah direkodkan melibatkan 79 tahanan, 22 kakitangan dan 12 ahli keluarga.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat yang terlibat untuk mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, SOP PKPD di penjara juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.