
Bekas menteri undang-undang itu berkata, beliau dibenarkan keluar hospital pada 5 petang semalam.
“Saya kini menjalani kuarantin tambahan selama lima hari di rumah,” katanya kepada FMT.
Nazri disahkan positif Covid-19 pada 18 Jan, selepas menjadi kontak rapat penulis blog Zaharin Mohd Yasin, yang menghadiri sidang medianya di PWTC awal bulan lalu.
Beberapa ahli politik lain yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin, Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.