Polis bawa pedati sempena Thaipusam bantu percepat acara, kata KPD Dang Wangi

Polis bawa pedati sempena Thaipusam bantu percepat acara, kata KPD Dang Wangi

Hanya 10 orang dibenarkan terlibat dalam pergerakan arca bagi mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Tangkap layar klip video tular menunjukkan anggota polis memikul pedati sempena sambutan Thaipusam.
PETALING JAYA:
Polis Dang Wangi tampil menjelaskan isu yang berbangkit di media sosial membabitkan anggota pasukan itu yang dilihat memikul pedati sempena sambutan Thaipusam 2021.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, hasil semakan mendapati klip video itu dirakam ketika anggota polis membantu mempercepatkan pergerakan arca berkenaan selepas diminta pihak penganjur.

Beliau berkata, klip video itu dirakam pada 27 Jan, kira-kira 3 pagi.

“Ini kerana hanya 10 orang sahaja dibenarkan terlibat dalam pergerakan arca tersebut bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah.

“Ia berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee dan menunjukkan petugas polis membantu pergerakan arca. Semua pegawai dan anggota yang terlibat berbangsa India,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Zainal berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta menyalurkannya dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03 26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21559999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.