
Prosedur Operasi Standard atau SOP yang dikenakan bererti beliau tidak boleh mengadakan persembahan sama ada di pub atau acara mahupun busking.
Walaupun Mazli berjaya menarik 3000 penonton itu tidak diterjemahkan kepada wang ringgit.
“Saya hanya dapat RM40 , hanya cukup untuk membeli rokok”, katanya kepada FMT.
Tentulah jumlah itu tidak cukup membayar tuan rumah untuk menjelaskan tunggakan empat bulan sewa.
Tahun lalu FMT melaporkan golongan yang membuat persembahan di pub kehilangan sehingga RM20,000 berikutan PKP yang bertujuan mencegah penularan Covid-19.
Itulah sebabnya bagi Mazli dan pemuzik professional PKP 2.0 adalah satu ulang tayang muram.
Bagi Mazli masalahnya berada didalam SOP itu sendiri. Lebih tepat lagi tiada penyelesaian yang diberi.
Persatuan Artis Malaysia atau Karyawan ada menganjurkan cadangan kepada kerajaan tahun lalu. Namun tidak ada tindak balas .
SOP kata Mazli tidak boleh sesuatu yang diguna pakai untuk semua atau “one size fits all” dan kerajaan mesti berbincangkan dengan semua pihak berkepentingan.
“Kita boleh mencari jalan dalam kerangka SOP. Kami hendak kerja. Sesuatu lebih baik daripada tidak ada apa-apa langsung. Jika SOP boleh digubal untuk restoran dan kilang mengapa tidak untuk kami?”
Penyanyi Jazz Eddie Zachariah menyifatkan PKB “satu pukulan untuk kami dalam industri ini”.
Setakat ini sudah enam acara untuknya yang dibatalkan antara Oktober dan Disember kerana lanjutan PKP dan bantuan kerajaan, walaupun nampak memberangsangkan, tidak sampai kepada pemuzik dan golongan yang buat persembahan di sirkit pub.
Bukan itu sahaja. Mereka juga tidak dibenarkan membuat “live streaming” persembahan dari studio ke pub untuk mendapat sedikit pembayaran .
“Meskipun begitu mereka masih menuntut cukai pendapatan daripada saya. Ini bagai ditendang setelah jatuh”.
Kebanyakan pemuzik katanya sudah kebuntuan dan tidak boleh lagi bertahan akibat sekatan yang terus dikenakan.
Dan Putrajaya pula tidak membantu malah tidak pernah berbincang atau mengamil tahu akan kesengsaraan mereka.
“Kerajaaan mesti peduli kesusahan kami dan ambil langkah pro aktif bagi memastikan industri muzik terus hidup”.
Beliau agak binggung pemuzik tidak dibenarkan membuat persembahan tetapi kerajaan pernah sebelum ini member lampu hijau bagi karaoke, kedai gunting rambut, pub, spa ,hotel dan restoran beroperasi.
“Sekurang-kurangnya izinkanlah persembahan artis solo atau kumpulan muzik dua anggota di atas pentas jauh dari pengunjung yang bilangannya dihadkan kepada 30 atau 40 orang. Apalah salahnya?”
Jude Singho sudah tidak ada pendapatan selama 10 bulan maka pergerakan terhad sekarang tidak ada bezanya.
“Tidak ada apa yang boleh diharapkan. Ini kumpulan yang tidak menerima apa apa pun daripada kerajaan. Kami amat menderita. Lebih buruk bagi pemuzik yang belum menempah nama dalam industri“.
Jude ialah antara enam anggota kumpulan Os Pombos yang merayakan ulang tahun ke-40 mereka tahun lalu. Beliau kini mengharapkan dua perkara.
Satu – syarikat korporat membatu dengan menggajikan pemuzik untuk mengadakan persembahan dan dua kerajaan beri pemuzik professional geran.
Katanya tidak ramai pemuzik yang boleh menjalankan kerja sambilan termasuk menjual makanan.
Orang ramai harus tahu pemuzik adalah golongan professional yang bekerja dan berlatih keras untuk mengekalkan pasaran .
“Sekarang kami semua di penghujung perniagaan dan pasaran bertambah perit”.