Hutang tak dibayar, samseng ‘bengang’ serang kedai kopi di Sarikei

Hutang tak dibayar, samseng ‘bengang’ serang kedai kopi di Sarikei

Akibat marah kerana hutang tidak dibayar, dua lelaki bertindak merosakkan harta benda sebuah kedai kopi di Jalan Pinang Laka di Sarikei.

Tangkap layar daripada klip video tular menunjukkan dua lelaki menyerang sebuah kedai kopi di Sarikei.
KUCHING:
Akibat marah kerana hutang tidak dibayar, dua lelaki merosakkan harta benda di sebuah kedai kopi di Jalan Pinang Laka di Sarikei.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 8.47 pagi semalam.

Klip video tular menunjukkan dua lelaki menyerbu sebuah kedai kopi dan merosakkan barangan dalam premis itu menggunakan kayu.

Aidi berkata, tiga suspek berusia 50-an ditahan pada hari sama setelah laporan polis dibuat.

“Siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku akibat masalah hutang,” katanya ketika dihubungi FMT.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan harta benda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.