
Beliau berkata, masalah air di negeri itu sangat kritikal kerana 23 loji air memerlukan pembaikan segera bagi meningkatkan kualiti bekalan air.
“Masalah air bersih di Sabah amat kritikal berikutan 23 loji air yang perlu dibaik pulih dan dipindahkan, mengganti paip baru, baik pulih kebocoran paip dan lain-lain.
“Muka sauk rawatan air juga perlu dipindahkan kerana masa dibina dahulu, sungai berkenaan masih elok dan selepas berpuluh tahun, berlaku pencemaran sungai akibat penebangan pokok dan aktiviti manusia yang tidak terkawal.
“Hampir 23 batang sungai yang mempunyai loji rawatan air di Sabah berlaku pencemaran demikian,” katanya selepas melawat sauk rawatan air Batu Putih.
Bung berkata, pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan pengarah Jabatan Air Sabah sudah diarah mengemukakan spesifikasi pembaikan yang dimaksudkan itu untuk dibentangkan kepada kerajaan.
“Paip air di Sabah ini ada yang dibina sejak zaman (penjajahan) British dan ini perlu ditangani segera untuk kepentingan rakyat nikmati air bersih.
“Sebanyak 45% masih menggunakan paip lama di negeri ini.”
Beliau berkata, kerajaan turut mengalami kerugian setiap tahun akibat kebocoran paip.
“Kerajaan perlu membina muka sauk rawatan air baru, kolam takungan air dan lain-lain yang memerlukan jumlah keseluruhan RM13 bilion.”