
Wong berkata, industri perabot di Bukit Pasir berdepan masalah kekurangan tenaga kerja akibat beberapa perintah kawalan pergerakan di negara ini, memaksa kilang mengambil pekerja dari zon merah di Lembah Klang.
Dalam tempoh seminggu lalu, 106 pekerja asing yang disahkan positif di Bukit Pasir didapati didaftarkan di Selangor, bukan Johor, katanya.
Wong berkata cara negara ini menangani pekerja asing menyebabkan ramai daripada mereka di Bukit Pasir mengelak mengambil ujian Covid-19 kerana bimbang kehilangan kerja dan diusir.
“Dengan jutaan pekerja asing enggan membuat ujian Covid-19 sukarela, namun masih diambil bekerja dalam sektor yang terdesak memerlukan pekerja, kita akan berdepan isu sama berulang kali, walaupun vaksinasi dimulakan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Wong, kluster Bukit Pasir merekodkan hampir 1,500 kes setakat ini termasuk seorang yang memerlukan rawatan intensif.
Beliau mendesak perdana menteri Muhyiddin Yassin melaburkan lebih banyak wang untuk sumber dan tenaga bagi memerangi pandemik itu di Pagoh kerana ia kawasan Parlimennya.
Katanya, tiada keperluan membina dewan baharu, iaitu merujuk kepada kelulusan diberikan Muhyiddin untuk pembinaan tiga dewan di Pagoh bernilai RM35 juta.
Wong berkata Muhyiddin mengumumkan keseluruhan 160,892 pekerja asing di zon merah diuji untuk Covid-19, tetapi jumlah itu kecil berbanding kira-kira 1.5 juta pekerja asing yang tinggal di negara ini.
Beliau menggesa kerajaan melakukan ujian calitan terhadap semua pekerja asing, tanpa mengira status mereka dan meneruskan polisi Pakatan Harapan “Malaysia@Work” untuk menggalakkan pengambilan warga tempatan yang mempunyai kelayakan serta latihan teknikal dan vokasional.
Wong juga menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak geran untuk membantu industri perabot tempatan kekal kompetitif selepas Covid-19.
“Lebih penting lagi, pembuat tempatan mesti mempunyai akses untuk kredit lebih murah dengan tempoh lebih lama,” katanya. “Malah untuk jangka panjang, kita perlu memupuk sektor automasi industri supaya mampu membekalkan bukan hanya untuk pasaran tempatan malah antarabangsa.”