
Ketua Polis Taiping, Osman Mamat, berkata dalam operasi pada 11 Jan, wanita berusia 31 tahun yang berkerja di sebuah premis dekat Jalan Tupai, disahkan positif.
Susulan itu, semua anggota yang terbabit dalam operasi penangkapan, kawalan lokap dan mahkamah, diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula semalam, Berita Harian melaporkan.
“Wanita terbabit kini dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya.
“Selain anggota, ujian calit juga akan turut dijalankan terhadap orang kena tuduh (OKT) yang berada bersama sel tahanan warga Thailand itu,” katanya.
Osman berkata, polisnya terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi lain untuk tugasan di sekatan jalan raya bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah itu.
Ini berikutan banyak anggota polis kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.