Noor Hisham mohon semua tidak spekulasi kematian petugas

Noor Hisham mohon semua tidak spekulasi kematian petugas

Dr Noor Hisham memohon agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Dr Ali Noor.

Noor Hisham Abdullah.
PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi ke atas kematian seorang petugas barisan depan, Dr Ali Noor Hassan, yang meninggal dunia semalam.

Ia bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga, katanya di Facebook.

Beliau menambah hasil ujian Covid-19 ke atas Ali adalah negatif, dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Dis 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

“Beliau merupakan seorang pegawai perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit, dan masyarakat setempat beliau,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.