
Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, operasi yang dijalankan Task Force Program Saringan Kesihatan Covid-19 (TFSKC-19) Isnin lalu ke atas premis berkenaan mendapati majikan belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan penginapan.
Selain itu, KSM dalam kenyataan hari ini memberitahu, kedua-dua premis terbabit dikesan melakukan beberapa kesalahan lain mengikut Akta 446 seperti ruang sesak dan tiada pengudaraan yang baik.
“Kertas siasatan dibuka bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas kedua-dua premis tersebut,” katanya.
KSM menubuhkan TFSKC-19 yang terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial, dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Operasi pada Isnin itu turut disertai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).