
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 580 dikompaun, 27 direman, dan 1 dijamin.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (200), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (147), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (46), premis beroperasi lebih masa (42), aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain (96),” katanya dalam kenyataan.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata Ops Benteng semalam berjaya menahan 17 pendatang asing tanpa izin, dua tekong, dan merampas tujuh kenderaan darat.
“Sebanyak 415 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam,” katanya.
Ismail juga berkata sejak 24 Julai lalu hingga semalam, 105,849 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Beliau berkata semua ditempatkan di 82 hotel, 16 institut latihan awam dan institut pengajian swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan, dan Melaka.
“Daripada jumlah itu, 8,541 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.
“Manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. 96,768 individu dibenarkan pulang,” katanya.