‘Datuk’ pukul pelanggan restoran dah kena cekup

‘Datuk’ pukul pelanggan restoran dah kena cekup

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya sudah menahan lelaki bergelar “Datuk” dipercayai menyerang pelanggan sebuah restoran dalam kejadian Selasa lalu.
KUALA LUMPUR:
Polis sudah menahan seorang lelaki bergelar “Datuk” yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap pelanggan restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selasa lalu.

“Kami baru saja menangkapnya dan kami sedang menyiasat kes tersebut bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal kepada FMT.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, suspek dilihat menyerang lelaki itu selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising di restoran berkenaan.

Memetik laporan Bernama Nik Ezanee berkata, lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi wanita sebelum beredar dari premis berkenaan.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.