
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, 252 orang dikompaun dan seorang lagi direman.
Selain tidak memakai pelitup muka, kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23), aktiviti pusat hiburan (16) dan gagal mematuhi penjarakan fizikal (11).
Katanya, 18 pendatang asing tanpa izin dan tiga tekong turut ditahan, manakala tujuh kenderaan dirampas dalam 111 sekatan jalan di seluruh negara semalam.
Beliau berkata, seramai 103,054 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam menjalani kuarantin wajib di 78 hotel dan 16 institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.
“Seramai 8,474 individu sedang menjalani kuarantin wajib, manakala 540 orang dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 94,040 individu telah dibenarkan pulang.”