
Syahbuddin dan isteri, Nor Azila Sidi melakukan ujian saringan selepas ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff disahkan positif virus itu, bersama Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, dua hari lalu.
Berkongsi perkara itu di Facebook, Syahbuddin memohon maaf dan memohon doa semua pihak.
“Kepada semua yang ada berhubung rapat dengan Abe Din (Syahbuddin) dan Cikgu Laa (Nor Azila), Abe Din pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan semua yang terpaksa kena swab test (ujian saringan) dan mungkin terkena jangkitan,” katanya.
Gua Musang antara enam daerah di Kelantan kini dikategorikan zon merah susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri itu sejak lebih seminggu lalu.
Lima daerah lain ialah Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Tumpat dan Bachok.
Malah, Kelantan merekodkan kes harian tertinggi semalam sejak penularan Covid-19 dengan 103 kes baharu menjadikan keseluruhan sebanyak 1,298 kes.