
Nor Hasni Edirin Hasan, 40, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut bagaimanapun isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 35, minta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, Nor Hasni yang bekerja sebagai pemandu lori dan isterinya, suri rumah, didakwa bersama-sama menyalahgunakan wang milik Syarikat Mandy Corporation Sdn Bhd berjumlah RM191,312.70 di beberapa bank di sekitar daerah Seberang Perai Utara, antara 4 Jul hingga 11 Ogos lepas.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan, dan denda, jika sabit kesalahan.
Penolong Pendaftar Mahkamah, Foon Char Peng, menetapkan 2 Feb untuk menjatuhkan hukuman terhadap Nor Hasni dan sebutan semula kes untuk Siti Hajar serta membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab Aziz dan Asma’ Amira Shahidan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.