Janganlah terjun…bomba pujuk lelaki cuba bunuh diri

Janganlah terjun…bomba pujuk lelaki cuba bunuh diri

Lelaki itu kini ditahan polis untuk siasatan.

Lelaki berusia 26 tahun dilihat berdiri di atas kerusi di balkoni rumahnya. (Gambar WhatsApp)
PETALING JAYA:
Cubaan seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari balkoni pangsapurinya di Wangsa Maju gagal selepas berjaya dipujuk anggota bomba.

Kejadian tengah hari tadi itu disedari selepas Perkhidmatan Tindak Balas Kecemasan (MERS 999) menerima panggilan pada 12 tengah hari.

Penolong Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Letchumann Mariappen berkata, ketika berada di lokasi kejadian pihaknya menemui seorang lelaki berusia 26 tahun di balkoni kediamannya.

Menjelang 1.30 tengah hari, lelaki itu akhirnya berjaya dipujuk daripada cuba membunuh diri selepas dibantu Pasukan Penyelamat Aras Tinggi (HRRT).

Lelaki itu kini berada dalam tahanan polis untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.