
Ketua Polis Raub, Kama Azural Mohamed, berkata mereka ditempatkan di Puncak Inn, Shahzan Inn, dan Banglo Rompin.
“32 orang dewasa, 7 kanak-kanak serta 1 bayi selamat dibawa naik,” katanya kepada FMT.
Semalam, 13 kenderaan terkandas antara dua timbunan tanah yang runtuh di laluan itu, susulan hujan lebat sejak semalam, menyebabkan mereka tidak dapat turun atau berpatah balik ke pekan Bukit Fraser.
Kama berkata polis dan syarikat perkhidmatan kejuruteraan, Roadcare, bagi kawasan Bentong berusaha mengeluarkan kenderaan yang tersangkut antara Gap dan Bukit Fraser.
Polis berkata hujan lebat sejak petang semalam masih belum reda, mengakibatkan lereng bukit runtuh di kebanyakan tempat.
“Sehingga Gap dari Balai Polis Tranum (di Raub), sebanyak 139 tempat lereng bukit runtuh dan 60 lokasi yang menghalang jalan.
“Jalan naik dan jalan turun dari Bukit Fraser ditutup di kedua-dua arah,” katanya, dan menambah kerja-kerja pembersihan jalan sudah dijalankan oleh Roadcare Bentong dan Rawang.
“Kerja-kerja kerja pembersihan telah dihentikan pada 2 pagi tadi.”