Doktor tertinggal penyepit pembedahan dalam perut ibu bersalin

Doktor tertinggal penyepit pembedahan dalam perut ibu bersalin

Hospital bersetuju menyelesaikan kes di luar mahkamah selepas disaman ibu berusia 25 tahun.

(Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang suri rumah yang bersalin secara ceasarean terpaksa mengharungi kesakitan kerana pakar perubatan tertinggal alat pembedahan di dalam badannya selepas beliau melahirkan anak.

Wanita itu, yang menjalani pembedahan itu pada Januari tahun ini, kemudian mendapati “forceps” pembedahan atau alat penyepit tertinggal dalam perutnya, menurut peguamnya, Aloysius Cornelius Susek dan Tisya Yunus .

Wanita berusia 25 tahun itu mula mengalami sakit teruk dalam perut dua hari selepas keluar dari hospital, lapor The Star.

Aloysius berkata kesakitan di perut kiri anak guamnya bertambah apabila bergerak atau menukar posisi badan, menyebabkan mangsa kerap muntah.

Aloysius berkata bahawa wanita itu diberitahu pihak hospital bahawa kesakitan itu perkara biasa setelah pembedahan caesarean.

Namun, kesakitan itu berterusan. Wanita itu kemudian ke hospital lain, yang mengesan alat penyepit pembedahan itu dalam perut mangsa.

Wanita itu kemudian terpaksa menjalani pembedahan kecemasan, kata Aloysius.

“Syukurlah ibu dan bayi baik. Ibu tidak mengalami kecederaan lagi tetapi dia sangat trauma,” kata Aloysius.

Wanita berkenaan menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap doktor dan kakitangan yang melakukan pembedahan Caesarean dan hospital itu sendiri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Julai lalu.

Pihak hospital bersetuju untuk penyelesaian di luar mahkamah dan keputusan persetujuan akan direkodkan Rabu depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.