Lagi PKPD di asrama pekerja selepas KKM kesan 115 warga asing positif COVID-19

Lagi PKPD di asrama pekerja selepas KKM kesan 115 warga asing positif COVID-19

Saringan KKM di asrama pekerja Westlite di Taman Perindustrian Tampoi Jaya mengesan 115 penghuni positif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD di asrama pekerja Westlife di Johor Bharu bermula Dis sehingga 8 Jan depan membabitkan 231 unit rumah dengan anggaran penghuni 3,116 orang.
PETALING JAYA:
Putrajaya bersetuju untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di sebuah asrama pekerja di Johor Bahru susulan peningkatan mendadak kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, saringan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama 3 hari di asrama pekerja Westlite di Taman Perindustrian Tampoi Jaya mengesan 115 individu dalam kalangan penghuni asrama yang juga pekerja warga asing positif COVID-19..

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, Putrajaya bersetuju melaksanakan PKPD di asrama pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula 26 Dis sehingga 8 Jan depan.

“PKPD ini akan melibatkan 231 unit rumah dengan anggaran jumlah penghuni seramai 3,116 orang,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ismail juga memaklumkan 246 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan PKP dan daripada jumlah itu, 236 dikenakan kompaun, manakala 10 lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (91), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (84), tidak memakai pelitup muka (44), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (23) dan lain-lain (4),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.