Tukang cat berdepan penjara 30 tahun, mengaku salah, sumbang mahram dengan adik kandung

Tukang cat berdepan penjara 30 tahun, mengaku salah, sumbang mahram dengan adik kandung

Beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan persetubuhan dengan adik perempuannya yang berusia 21 tahun.

KUALA LUMPUR:
Seorang tukang cat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya, Ogos lepas.

Lelaki berusia 25 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh didakwa sebagai abang kandung, yang melakukan persetubuhan dengan adiknya berumur 21 tahun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam sebuah rumah di Jalan Sepakat Off Klang Lama di sini pada Ogos lepas, mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon tarikh lain untuk sebutan bagi fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Jan 2021 untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.