
“Dia mengaku bersalah atas kehendaknya dan, oleh itu, sabitan itu kekal,” kata N Sivananthan.
Peguam itu berkata demikian sebagai respons terhadap sabitan dan hukuman Tan Eng Boon selepas pihak pendakwaan semalam memohon perintah untuk melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan untuk membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan lanjut.
Sivananthan berkata, kemungkinan Tan juga akan dibebaskan bersyarat jika beliau memohon untuk perbicaraan.
Timbalan pendakwa raya Julia Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi, tidak pasti berapa lama SPRM perlu menyiasat dan satu keputusan sama ada akan meneruskan kes itu akan dibuat “selepas isu baru tersebut diselesaikan”.
FMT difahamkan Tan, 71, tidak membuat rayuan terhadap denda dikenakan pada September tahun lalu selepas pembela dan pendakwa mengemukakan pengakuan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ketika dihubungi, peguam Tan, Faisal Moideen, enggan mengulas mengenai isu dalam kes Tengku Adnan.
Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan itu untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk meningkatkan nisbah plot industri sebidang tanah di Jalan Semarak.
Perbicaraan kes bekas menteri itu ditangguhkan selama lebih setahun kerana Tengku Adnan pergi ke Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan kelayakan Nazlan dengan alasan berat sebelah, dan pandemik Covid-19.
Tan dijadual menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan Tengku Adnan.
Sementara itu, peguam A Srimurugan berkata pembebasan bersyarat diberikan kepada Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya itu, bermaksud semua prosiding terhadapnya tamat.
“Pihak pendakwaan boleh mengembalikan tuduhan sekarang dan meneruskannya di mana ia terhenti,” katanya, sambil menambah tuduhan baru bawah undang-undang jenayah sedia ada juga boleh dikenakan terhadapnya.
Beliau berkata, pihak pendakwaan boleh menggugurkan tuduhan sekarang dan tidak perlu kembali ke mahkamah untuk memberitahu hakim.