
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 4 Dis, Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 1,582 ujian saringan dan 964 kes positif Covid-19 direkodkan di penjara ini melibatkan tahanan dan kakitangan.
“KKM turut mengesahkan terdapat baki 185 sampel saringan melalui ujian saringan kedua yang masih menunggu keputusan.
“Sehubungan itu, atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan selama 14 hari lagi bermula 8 Dis sehingga 21 Dis,” katanya.
Pada masa sama, Ismail turut memaklumkan bahawa Putrajaya bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kg Sabah Baru, Lahad Datu di Sabah pada hari ini seperti yang dijadualkan.
“Sehingga kini, KKM sudah melaksanakan 2,054 ujian saringan dan 382 kes kumulatif positif Covid-19 direkodkan di lokaliti itu.
KKM turut mengesahkan kesemua sampel saringan sudah diperolehi dan tidak ada sampel yang masih menunggu keputusan,” katanya.