42 ditahan bergaduh berebut pelanggan depan Plaza Low Yat

42 ditahan bergaduh berebut pelanggan depan Plaza Low Yat

Polis berkata kejadian itu tidak melibatkan isu perkauman.

Tangkap layar daripada beberapa klip video menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat membeli belah dan berlanjutan ke dalam premis terbabit.
KUALA LUMPUR:
Gara-gara berebut pelanggan, 42 individu ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira 7 malam.

“Kejadian berpunca daripada berebut pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba. Semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kejadian itu tidak melibatkan isu perkauman.

Terdahulu beberapa klip video tular di laman sosial semalam memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat membeli belah dan berlanjutan ke dalam premis terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.