PRK Gerik, Bugaya pada 16 Jan

PRK Gerik, Bugaya pada 16 Jan

SPR kata pilihan raya akan ikut SOP Covid-19.

PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pilihan raya kecil Parlimen Gerik di Perak dan DUN Bugaya di Sabah akan diteruskan.

Pengerusi Abdul Ghani Salleh berkata pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu akan dijalankan serentak pada 16 Jan 2021, dengan hari penamaan pada 4 Jan dan hari mengundi awal 12 Jan.

Dengan tempoh kempen selama 12 hari, katanya, SPR menambah baik garis panduan pencegahan Covid-19, yang digunakan semasa pilihan raya negeri Sabah ke-12 lepas, bagi kedua-dua PRK ini.

Semua aktiviti berkempen berbentuk ceramah, syarahan, kempen ziarah rumah ke rumah, walkabout atau pengedaran risalah secara bersemuka tidak dibenarkan.

Calon digalakkan berkempen menggunakan saluran media sosial, dan dibenarkan memasang sepanduk dalam kawasan pilihan raya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.