Selepas dikritik, peruntukan lebih RM85 juta kepada Jasa dipotong

Selepas dikritik, peruntukan lebih RM85 juta kepada Jasa dipotong

Perincian potongan daripada peruntukan asal RM85.5 juta kepada Jasa akan dibuat di peringkat peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021.

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2021, 6 Mac lalu Kementerian Kewangan memperuntukkan RM85.5 juta kepada Jasa. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) atau kini dijenamakan sebagai J-Kom akan dikurangkan.

“Dari segi pengurangan Belanjawan 2021, saya ada buat satu usul untuk mengurangkan peruntukan yang diberikan kepada Jasa.

“Dalam peringkat jawatankuasa kita akan umumkan,” katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika menjawab pencelahaan Mukhriz Mahathir (Bebas- Jerlun) yang meminta menteri kewangan menjelaskan sama ada tambahan pada belanjawan yang diumumkan hari ini akan melibatkan pengurangan peruntukan lain.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah memberi jaminan peruntukan RM85.5 juta yang diperuntukkan kepada Jasa akan dikurangkan, beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah pengurangan yang akan dibuat.

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2021, 6 Mac lalu Kementerian Kewangan memperuntukkan RM85.5 juta kepada Jasa.

Ia pun bagaimana dibantah wakil kerajaan dan pembangkang dan meminta ia dikurangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.