RON97 naik 10 sen, diesel dan RON95 tanpa subsidi naik 8 sen

RON97 naik 10 sen, diesel dan RON95 tanpa subsidi naik 8 sen

Harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 dan diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan kekal.

PETALING JAYA:
Harga RON97 naik 10 sen manakala RON95 tanpa subsidi naik dan diesel di Semenanjung pula masing-masing naik 8 sen, seiring peningkatan harga minyak dunia.

RON97 akan dijual pada harga RM3.25 seliter, meningkat daripada RM3.15, manakala RON95 tanpa subsidi akan dijual pada harga RM2.67 seliter, berbanding RM2.59 sebelum ini.

Diesel di Semenanjung Malaysia pula dinaikkan daripada RM3.04 seliter kepada RM3.12.

Harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 bagi tempoh 5 Mac hingga 11 Mac.

Kementerian Kewangan berkata pelarasan harga runcit berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan pada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.