Perhimpunan agung PPBM secara sidang video Sabtu ini

Perhimpunan agung PPBM secara sidang video Sabtu ini

Persidangan dalam talian tersebut akan disertai para perwakilan dari seluruh negara di 14 lokasi.

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM memutuskan perhimpunan agung tahunan parti itu tahun ini akan dilaksanakan buat pertama kalinya melalui sidang video pada Sabtu.

Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berkata persidangan dalam talian tersebut akan disertai para perwakilan dari seluruh negara di 14 lokasi.

Beralih ke isu lain, Hamzah berkata mesyuarat MPT semalam juga memutuskan untuk mengangkat cadangan meminda perlembagaan parti bagi penubuhan sayap baharu untuk ahli bersekutu, ke persidangan agung tahunan.

“Perhimpunan agung tahunan kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Juga dibincangkan usaha kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 dan Belanjawan 2021.

Katanya, dalam mesyuarat tersebut, MPT kekal menyokong penuh Belanjawan 2021 yang dibentangkan pentadbiran Muhyiddin Yassin, yang juga presiden parti.

“MPT menyeru semua pihak untuk terus menyokong serta mempertahankan belanjawan tersebut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.