
Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK Tengku Kamaruddin Tengku Alias berkata, arahan itu berkuat kuasa mulai semalam hingga PKPB ditamatkan.
Bagaimanapun, majlis akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan syarat ditetapkan.
“Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah majlis akad nikah dilaksanakan di premis persendirian, masjid, surau atau seumpanya dan boleh dihadiri 20 tetamu sahaja termasuk seorang jurunikah, pengantin, wali dan saksi.
“Selain itu, kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara hanya dijalankan secara dalam talian,” katanya hari ini.
Tengku Kamaruddin berkata, sebarang arahan atau keperluan adalah tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat berkata, PKPB dilaksanakan di Kelantan selama 2 minggu bermula 21 Nov susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.