
PETALING JAYA: Aktiviti perniagaan di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dibenarkan mula beroperasi sehingga tengah malam bermula esok, kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perkara berkenaan diumumkan di media sosial miliknya, iaitu Facebook dan aplikasi Telegram.
Sebelum ini, di kawasan PKPB, operasi perniagaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam.
Penang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah dan Labuan kini bawah PKPB.
Manakala, beberapa kawasan di Kedah, Melaka, Terengganu dan Johor diisytiharkan tamat PKPB, kecuali beberapa kawasan tertentu.