Ketua pengarang Sinar Harian meninggal dunia

Ketua pengarang Sinar Harian meninggal dunia

Baharom Mahusin mengetuai kumpulan akhbar bahasa Melayu itu sejak April 2019.

Ketua pengarang akhbar Sinar Harian, Baharom Mahusin menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua pengarang akhbar Sinar Harian, Baharom Mahusin dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan Sinar Harian, Baharom, 54, menghembuskan nafas terakhir pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Baharom mula dilantik untuk mengetuai kumpulan akhbar harian bahasa Melayu itu pada April 2019 selepas memegang jawatan kanan di Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Sepanjang 28 tahun dalam kerjaya kewartawanan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai koresponden Utusan Malaysia di London.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.