Adun Bugaya suka bantu rakyat tak kira fahaman politik, kata Warisan

Adun Bugaya suka bantu rakyat tak kira fahaman politik, kata Warisan

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua berharap keluarga Manis Muka Mohd Darah tabah menghadapi waktu sukar ini.

Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu akibat masalah buah pinggang hari ini. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr menyifatkan pemergian Adun Bugaya, Manis Muka Mohd Darah sebagai kehilangan besar buat parti itu kerana beliau ialah pemimpin berjiwa rakyat yang suka membantu orang tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

“Saya harap keluarga beliau tabah menghadapi waktu sukar ini. Rakyat Bugaya kehilangan seorang pemimpin yang baik.

“Bagi pihak Warisan, saya mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan rakyat Bugaya,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Terdahulu, sumber Warisan dilaporkan berkata, wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat masalah buah pinggang dan meninggal dunia tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri September lalu, beliau mempertahankan kerusi Bugaya dengan majoriti 6,005 undi menewaskan 6 pencabar lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.