M Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas

M Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas

Penyanyi veteran itu sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit kencing manis dan mengalami keadaan jantung tidak stabil.

M Daud Kilau mengadu sesak nafas sejak 2 hari lepas sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk di Perak untuk mendapatkan rawatan. (Gambar Bernama)
TELUK INTAN:
Penyanyi veteran, Muhammad Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan di sini, petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurut anaknya, Ahmad Zaini, bapanya yang berumur 82 tahun itu mengadu sesak nafas sejak 2 hari lepas dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan sebelum sesak nafas semula pagi semalam.

“Kami membawanya ke klinik, tetapi dihantar ke HTI dengan ambulans dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada 3.15 petang. Keadaan ayah agak lemah, namun stabil dan dia juga boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zaini berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan ayahnya yang berdepan masalah kesihatan sejak 4 tahun lepas.

Pelantun lagu “Cek Mek Molek” yang sering dirujuk sebagai Raja Gelek itu menghidap penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki, tangan serta pinggang, selain keadaan jantung tidak stabil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.