
Syarikat berkenaan adalah Axiata Digital Capital Sdn Bhd, Grabfin Operations (Malaysia) Sdn Bhd, GHL Payments Sdn Bhd, Presto Credit Sdn Bhd, JCL Credit Leasing Sdn Bhd, Fortune Tree Capital Sdn Bhd, BigPay Later Sdn Bhd dan Hoop Fintech Sdn Bhd.
Inisiatif Garis Panduan Pemberian Pinjaman Wang Dalam Talian di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini bertujuan sebagai rujukan kepada syarikat kredit komuniti berlesen di bawah KPKT yang berhasrat untuk menjalankan urus niaga tersebut secara dalam talian.
Dalam satu kenyataan hari ini, KPKT berkata, ia dibangunkan bagi mengurangkan jurang teknologi digital dan memudahkan pelaksanaan urus niaga kredit komuniti selaras dengan kehendak dan suasana norma baru.
“Garis panduan ini juga dapat mewujudkan persekitaran urus niaga pinjaman wang yang lebih kondusif, selamat, terkawal dan teratur sebagai usaha kementerian untuk memodenkan industri pemberi pinjaman wang (kredit komuniti) selaras dengan usaha penjenamaan semula industri berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Garis panduan itu dilancarkan secara maya oleh Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin dengan disaksikan oleh timbalannya, Ismail Abd Muttalib dan Ketua Setiausaha KPKT, Zainal Abidin Abu Hassan.
KPKT berkata, bagi memastikan Garis Panduan Pemberian Pinjaman Wang Dalam Talian memenuhi peruntukan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa, kerjasama dan penganjuran beberapa sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan akan diadakan.
Ia termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil polis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara.
“Beberapa siri libat urus telah pun dilaksanakan bersama syarikat yang terlibat semasa fasa pembangunan garis panduan berkenaan.
“KPKT juga akan memastikan urus niaga secara dalam talian oleh syarikat kredit komuniti ini dilaksanakan dengan beretika dengan pematuhan sepenuhnya kepada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) serta peraturan yang berkuat kuasa,”.